PEKOMIK.COM

30 Disember, 2006 oleh PeKOMIK

Weblog PeKOMIK (versi percubaan) ini juga boleh dilayari dengan menaip nama domain berdaftar PEKOMIK.COM

Jutaan terima kasih buat Encik Cedric Gan dari CEDKO.COM atas penajaan nama domain ini.

Perjumpaan Tidak Rasmi PeKOMIK

15 Disember, 2006 oleh PeKOMIK

Sempena “Sci-Fi & Fantasy Festival 2006 – Comics Zone”, perjumpaan tidak rasmi PeKOMIK juga akan berlansung.

Segala maklumat berkaitan PeKOMIK boleh ditanya kepada Encik Azhar, Presiden PeKOMIK, yang turut melibatkan diri dalam aktiviti di festival itu.

Mari beramai-ramai memeriahkan festival yang julung kali diadakan di Malaysia.

Setiausaha Kerja Baru

15 Disember, 2006 oleh PeKOMIK

Encik Azhar telah berbesar hati melantik secara langsung Encik Wan Zuhairi sebagai Setiausaha Kerja PeKOMIK

Antara alasan kukuh perlantikan ini
“..since kita tumpang PTS office for our temporary meeting..and he is available for me to keep in touch (dekat n he’ll be in sci fi festvl..where we can sit dwn n feel up d forms)..best to have 3 setiausaha..kerna their wrk is to prepare docs”

Oleh itu, selamat bekerja diucapkan kepada Encik Wan Zuhairi !

Laporan Minit Mesyuarat PeKOMIK – Persatuan PeKOMIK Malaysia

15 Disember, 2006 oleh PeKOMIK

Senarai Nama-Nama Penubuhan Organisasi Badan Dan AJK Bagi Persatuan Pekomik Malaysia ( PeKOMIK ).

Penaung
1 : Datuk Mohd Khalid ( Datuk Lat ).
2 : Jaafar Taib
3 : Reggie Lee

Presiden : Muhd Azhar Abdullah.

Naib Presiden : Ahmad Kamil Sabri ( Aedes )

Setiausaha
1 : Shahrin Iskandar.(Ubdertaker)
2 : Rubiah Abdul Rahman (Ruby)

Bendahari
1 : Faisal Nordin
2 : Fythullah Hamzah ( Kromosom )

Senarai Nama-Nama Ahli Jawatan Kuasa ( AJK )

A. Dokumentasi / Arkib
1 : Mansur Ibrahim.
2 : Nuri Azam ( Nurie )

B. Event / Manegment
1 : Julian Kam ( Lefty )
2 : Alif Firdaus ( Alifstyle )

C. Jurnal
1 : Yamin Daud.
2 : Ahmad Zafran Abdul Mutalib ( Panaharjuna )

D. Media / PR
1 : Nor Azlin Bin Ngah ( Jonos )
2 : Wong Wei Kin.


Rakan-Rakan Wartawan Media Cetak Dan Elektronik.

1.STAR Publication : Kalen Rahan.
2.Berita Harian : Zoy.
3.Utusan Malaysia / Kosmo) : Rizal
4.Malay Mail : Rizal Salamon.

E. Web Admin
1 : Nor Suhaimi Sulaiman ( Emio )
2 : Wan Zuhairi Wan Zainudin ( Wanzu )

F. Promotion
1 : Alan Quah Kai Ming.
2 : Mohd Razif Mokhsin ( Alyridura )

G. Bengkel / Seminar
1 : Cedric
2 : Loh Kin Sun ( Kinsun )

Penasihat Bengkel
: Abu Bakar ( Umbut )

Wakil Negeri
1: Datuk Mohd Khalid ( Datuk Lat ) ( Perak )
2: Zucafly Bin Awang ( Kalamtimu ( Terengganu )
3: Nor Azlin Bin Ngah. ( Jonos ) ( Pahang )
4: Julian Kam ( Lefty ) ( Penang )
5: Ahmad Zafran Abdul Mutalib (Panaharjuna)( Negeri Sembilan )
6: Mohd Razif Mokhsin ( Alyridura ) ( Johor )
7: Fahmi ( Gemuruh ) ( Sarawak )
8: Muhd Azhar Abdullah ( Selangor )

YURAN KEAHLIAN
Yuran Pendaftaran Seumur Hidup : RM 10.
Yuran Keahlian Tahunan : RM 12

Syarat-Syarat Pendaftaran Keahlian

1.Pendaftaran Keahlian adalah terbuka kepada semua orang dan peringkat umur.

2.Setiap ahli hendaklah membayar Yuran Pendaftaran Seumur Hidup sebanyak RM 10 dan Yuran Keahlian Tahunan sebanyak RM 12.

3.Sekiranya ahli tidak aktif, maka Yuran Keahlian Tahunan akan terbatal.

4.Untuk mengaktifkan semula keahlian,Yuran Keahlian Tahunan sebanyak RM10.

5.Setiap tahun Pekomik akan memberitahu segala berita dan info terkini tentang aktiviti-aktiviti dan perkembangan dari masa ke semasa melalui Laman Web, Email, Risalah dan Iklan di media cetak dan elektronik.

Minit mesyuarat disediakan oleh Rubiah Abdul Rahman (Ruby)

AGENDA MESYUARAT KELAB/PERSATUAN KOMIK MALAYSIA

15 Disember, 2006 oleh PeKOMIK

Tempat: Sek. Agama Al Ikhlas, Tmn Permata
Tarikh: 9 disember 2006
Masa: 11:00am

Kehadiran:

Agenda Perbincangan:

1.Ketibaan para hadirin.
2.Seisi perkenalan.
3.Pembuka kata dari Pengerusi Majlis.
4.Objektif Penubuhan kelab/Persatuan Komik Malaysia.
Menyatukan Penggiat Seni Komik & kartun di Malaysia.
Menaikkan dan memajukan scenario/ industri Negara.
Memaju, menggalak dan mengembangkan profesion dan pengkaryaan seni komik di Malaysia.
Menjalin kerjasama dengan organisasi dalam dan luar negara yang mempunyai minat dan kepentingan yang sama demi kemajuan profesion dan pengkaryaan seni komik.
Memupuk, memelihara dan menerapkan nilai murni di kalangan ahli serta membentuk masyarakat Malaysia yang harmonis melalui aktiviti seni komik.
Bagi mencapai objektif yang tersebut di atas, pertubuhan bolehlah menjalankan kegiatan yang berikut:-

i.Mengadakan bengkel, seminar, ceramah dan persidangan yang berkaitan dengan aspek profesionalisme dan pengkaryaan seni komik.

ii.Mengambil bahagian dalam aktiviti anjuran agensi kerajaan dan swasta serta organisasi lain yang ada hubungan dengan profesion dan pengkaryaan seni komik sama ada dari dalam dan luar negara.

iii.Menubuhkan kelab seni komik di peringkat daerah dan sekolah seluruh Malaysia bagi meningkat minat para remaja dan belia terhadap profesion dan aspek pengkaryaan seni komik dan kartun.

iv.Menganjur atau menjalankan sebarang kegiatan yang berkaitan dengan peningkatan mutu profesion dan persembahan seni komik di kalangan ahli.

v.Menerbitkan jurnal, majalah, makalah dan lain-lain bahan penerbitan dalam bentuk bercetak, elektronik dan laman web yang memuatkan maklumat, berita dan informasi mengenai aktiviti seni komik dalam dan luar negara.

vi.Merangka dan mengeluarkan garis panduan, undang-undang dan peraturan yang boleh dijadikan rujukan bagi menyelesaikan sebarang masalah, pertikaian atau pertelingkahan perundangan yang melibatkan karyawan komik secara individu atau kumpulan.

vii.Menjalankan kajian dan penyelidikan mengenai seni komik bagi tujuan meningkatkan mutu pengkaryaan dan profesionalisme karyawan seni komik.

viii.Menetapkan satu tahap piawaian yang harus dipatuhi oleh karyawan bagi meningkatkan mutu profesionalisme dan pengkaryaan seni komik.

ix.Menyediakan anugerah, pengiktirafan dan pentauliahan berdasarkan tahap pencapaian dan piawaian tertentu bagi merangsang karyawan meningkatkan mutu profesionalisme dan pengkaryaan seni komik dan kartun..

x.Mengumpul dan merekod bahan mengenai profesion dan pengkaryaan seni komik dalam dan luar negara untuk tujuan arkib.

5.Pengumpulan maklumat penggiat seni komik dan kartun bagi menghasilkan direktori komik Malaysia.
6.Menyediakan Forum untuk membahaskan isu2 berkaitan komik dan kartun tanpa bias dan prejudis.
7.Menyediakan sumber rujukan, peluang pekerjaan dan berita mengenai industri komik tempatan.
8.Penubuhan Organisasi badan dan AJK
9.Pendaftaran Ahli dan jenis keahlian.
10.Yuran Keahlian
11.Logo.
12.Seisi Soal Jawab.
13.Sepatah Dua Kata dari pihak MDEC
14.Sepatah Dua Kata dari pihak Cedko mengenai 24hr Comic Day, Sci Fi fantasy Festival.
15.Penutup